- Interaksi dalam pembelajaran
- Interaksi dalam pengurusan pembelajaran
- Bentuk-bentuk interaksi pembelajaran
- Konsep-konsep sosiologi pembelajaran
PENDAHULUAN
Menurut Ahmad Susanto (2013), pembelajaran merupakan perpaduan
dari dua aktiviti belajar dan mengajar. Aktiviti belajar secara metodologi
lebih cenderung kepada pelajar manakala mengajar secara instruksional dilakukan
oleh guru. Beliau juga turut menyatakan bahawa pembelajaran membawa maksud
proses interaksi didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan
belajar.
ISI PENTING
Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah interaksi
dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, konsep-konsep
sosiologi pembelajaran dan bentuk-bentuk interaksi pembelajaran.
Interaksi dalam pembelajaran menekankan makna yang dibentuk
antara guru dan murid. Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif
antara satu sama lain atau tindak balas antara dua pihak atau lebih. Interaksi
dalam pengurusan pembelajaran memerlukan guru untuk menguasai kemahiran atau
ciri-ciri yang seperti komunikasi berkesan, pandai meyakinkan pihak yang
dihadapinya, sentiasa berpandangan positif, berpusatkan masyarakat, mampu untuk
bekerja secara kreatif, progresif, dan praktikal dan munasabah. Tujuan
interaksi dalam pengurusan pembelajaran ialah supaya pelajar menghormati guru.
Selain itu pelajar juga dapat menjadikan guru sebagai role-model.
Seterusnya ialah bentuk-bentuk interaksi pembelajaran. Terdapat
beberapa bentuk interaksi pembelajaran iaitu hubungan sehala, hubungan dua hala
dan dua hala antara kumpulan. Sebagai contoh, berdasarkan artikel yang dipetik
dari Utusan Online (2018), fungsi muzium dalam menyampaikan maklumat dan
memberikan pendidikan mengenai budaya dan sejarah akan dipertingkat bagi
memenuhi keperluan pelajar.
Konsep-konsep sosiologi pembelajaran pula proses mempelajari
peranan, status, dan nilai yang perlu ada pada individu dalam institusi sosial.
Menurut Sebastiao Periera (2017), pelajaran sosiologi akan menjadi pelajaran
yang menyenangkan apabila diajarkan dengan cara yang menyenang. Melalui
pembelajaran yang menarik, peserta didik akan menjadi senang dan termotivasi
untuk belajar lebih giat. Proses pembelajaran yang menarik dapat menarik minat
pelajar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajarinya.
RUMUSAN
Kesimpulannya,
guru perlulah kreatif dalam menyediakan bahan pengajaran agar pelajar berasa
seronok untuk mempelajari sesuatu tajuk. Bentuk-bentuk interaksi juga memainkan
peranan dalam pembelajaran supaya pelajar lebih memahami sesuatu topik yang
dipelajari.
RUJUKAN
1. Ahmad Susanto. (2013) Teori Belajar dan Pembelajaran
di Sekolah Dasar. Indonesia : Prenadamedia Group.








