music

Wednesday, 19 December 2018

BAB 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Dalam bab ini, terdapat 4 tajuk kecil yang di perbincangkan iaitu gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru.


  • Gaya kepimpinan
  • Organisasi sekolah
  • Kepimpinan peringkat sekolah
  • Kepimpinan guru



PENDAHULUAN
Kepimpinan dapat didefinisikan sebagai sesuatu kegiatan atau seni ketua yang boleh mempengaruhi orang lain bagi tujuan menjalinkan kerjasama dengannya dalam sesebuah kelompok tersebut (Amerjit Singh, 2017). Menurut Norhannan Ramli (2016), kepimpinan merupakan keupayaan seseorang mempengaruhi minda dan gelagat individu yang berada dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat organisasi mengikut struktur dan prosedur tertentu. Oleh itu, kepimpinan dapat dirumuskan sebagai keupayaan individu dalam mempengaruhi pemikiran dan gelagat seseorang individu dalam mencapai sesuatu matlamat dalam sesebuah pertubuhan atau lebih dikenali sebagai organisasi.  Manakala organisasi pula bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa organisasi  merupakan sesuatu pertubuhan yang merangkumi beberapa orang ahli tertentu.

ISI PENTING

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah gaya kepimpinan, organisasi sekolah dan kepimpinan guru di sekolah. Menurut Hamedah Wok Awang (2010),  gaya kepimpinan perlu disesuaikan dengan personaliti pengetua dan guru besar serta kelompok manusia yang dipimpinnya. Menurut beliau lagi, mereka perlu mengetahui kekuatan dan kekurangan diri serta membina gaya kepimpinan. Terdapat tiga teori gaya kepimpinan iaitu, Teori Sifat, Teori Tingkah Laku dan Teori Kontengesi.
Isi yang seterusnya ialah organisasi kepimpinan. Berdasarkan petikan dari Utusan Borneo Sabah, organisasi pendidikan memerlukan kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan merupakan satu faktor yang dianggap penentu dalam kejayaan sebuah organisasi. Keupayaan pemimpin menjalankan peranan dalam sebuah organisasi menjadi nadi utama untuk menjamin keberkesanan seterusnya membawa kepada pencapaian objektif visi dan misi organisasi. 
Seterusnya, kepimpinan guru di sekolah. Dalam topik ini juga saya telah mempelajari bagaimana seorang guru perlu memainkan peranan yang penting sebagai pemudah cara. Guru juga perlu menguasai sepenuhnya ciri-ciri pembelajaran abad 21 untuk mencapai konsep 4K 1N iaitu kritis, komunikasi, kreativiti, kolaboratif serta nilai dan etika.


RUMUSAN

                Kesimpulannya, organisasi dan kepimpinan amat penting dalam sesebuah sekolah agar sistem dalaman sekolah lebih teratur dan sistematik. Tanpa organisasi dan gaya kepimpinan seorang guru, sebuah sekolah tidak akan dapat untuk mencapai misi dan visi yang telah dirangka. Guru terutamanya perlulah mahir untuk mempelajari segala ilmu baru yang berkaitan dengan Pembelajaran Abad 21 supaya konsep 4K 1N dapat dicapai.  Guru juga sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai inovasi yang baharu untuk meningkatkan semangat belajar dalam diri pelajar.



RUJUKAN
1.       Hamedah Wok Awang. (2010)  Sinergi Dalam Pengurusan Sekolah. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2.       Kepimpinan pengetua sebagai peneraju kecemerlangan sekolah. (2017, August 2)  Utusan Borneo Online.
3.       Miftahul Huda dan Pipit Riyanto. (2018) Pengaruh Gaya Kepimpinan Direktif dan Gaya Kepimpinan Konsultatif Terhadap Prestasi Kerja Karyawan Koperasi KPS Bhina Raharja Lamongan. Universitas Islam Darul Ulum
4.       Norhannan Ramli. (2017). Prestasi Guru Pendidikan Islam Berasaskan Daya Kekuatan Dalaman,. Universiti Malaya.
5.       Perilaku pemimpin dan gaya kepimpinan. (2017, Mac 14) Utusan Online.

PETA MINDA 





No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.