music

Wednesday, 19 December 2018

BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID


      Pendahuluan
Pengurusan  mempunyai pelbagai definisi. Menurut pandangan Islam, pengurusan membawa maksud suatu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah atau semula jadi dan melalui orang lain untuk mencapai objektif kerja secara berkesan dan memanfaatkan sumber organisasi secara cekap supaya matlamat dapat dicapai. Selain itu, menurut Nurzaratulshima & Lilia,(2014). Pengurusan bermaksud pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pembelajaran pula adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dilihat melalui perubahan tingkah laku dengan dibandingkan tingkah laku seseorang pelajar sebelum dan selepas diadakan situasi pembelajaran.

Isi penting
Terdapat beberapa perkara yang dapat saya pelajari dalam tajuk ini. Antara perkara yang dapat saya pelajari ialah kaedah-kaedah pengurusan dan pembelajaran pelajar. Terdapat dua jenis cara belajar iaitu secara berkumpulan dan bersendirian. Belajar secara berkumpulan akan berlakunya percambahan idea dari setiap ahli  dan menjadikan otak lebih kreatif dan aktif apabila berlakunya proses perbincangan. Manakala belajar secara sendirian pelajar dapat menumpukan sepenuhnya terhadap pengurusan dan pembelajaran pelajar. Selain itu belajar secara sendirian dapat dipraktikkan oleh pelajar yang gemar akan ketenangan dan sukakan untuk mempunyai masa berseorangan agar dapat memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih efektif.

Selain itu, perkara yang saya pelajari ialah gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu kinestestik, audiotori dan visual. Gaya pembelajaran kinestetik ini, murid akan belajar dengan baik dan berkesan melalui peglaman dan akan melibatkan diri secasa fizikal dalam aktiviti di kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara ‘hand-on’. Selain itu, gaya pembelajaran ouditori pula murid belajar dengan mendengar perkataan atau ayat yang disevut dan juga arahan lisan. Murid auditori boleh mengingati penerangan melalu bacaan kuat atau mengerakkan bibir ketika membaca teruatama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Mereka juga dapat megukuhkan lagi ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Manakala untuk gaya pembelajaran visual, murid dapat belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan, ayat dalam buku, papan hitam atau paparan komputer. Mereka jugak lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaaan ayat atau teks berkenaan. Pelajar visual ini juga selalunya menulis nota syarahan atau arahan lisan jika mereka mengingati sesuatu.

 Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran amat penting bagi guru dan murid. Ia dapat merangkumi cara seseorang pelajar itu belajar sama ada dalam individu mahuupun secara berkumpulan.  Malah ia juga tentang kaedah yang terbaik pelajar mempelajari sesuatu perkara itu secara kinestetik, visual dan atau auditori. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kefahaman tersendiri untuk beajar dan ia juga bergantung pada individu pelajar tersebut.


Peta minta Bab 2 Pengurusan dan pembelajaran murid

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.