music

Wednesday, 19 December 2018

BAB 1 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Dalam bab  ini, terdapat beberapa perkara yang akan diperbincangkan iaitu :

  • Interaksi dalam pembelajaran
  • Interaksi dalam pengurusan pembelajaran
  • Bentuk-bentuk interaksi pembelajaran
  • Konsep-konsep sosiologi pembelajaran


PENDAHULUAN
Menurut Ahmad Susanto (2013), pembelajaran merupakan perpaduan dari dua aktiviti belajar dan mengajar. Aktiviti belajar secara metodologi lebih cenderung kepada pelajar manakala mengajar secara instruksional dilakukan oleh guru. Beliau juga turut menyatakan bahawa pembelajaran membawa maksud proses interaksi didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar.


ISI PENTING

Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, konsep-konsep sosiologi pembelajaran dan bentuk-bentuk interaksi pembelajaran.
Interaksi dalam pembelajaran menekankan makna yang dibentuk antara guru dan murid. Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua pihak atau lebih. Interaksi dalam pengurusan pembelajaran memerlukan guru untuk menguasai kemahiran atau ciri-ciri yang seperti komunikasi berkesan, pandai meyakinkan pihak yang dihadapinya, sentiasa berpandangan positif, berpusatkan masyarakat, mampu untuk bekerja secara kreatif, progresif, dan praktikal dan munasabah. Tujuan interaksi dalam pengurusan pembelajaran ialah supaya pelajar menghormati guru. Selain itu pelajar juga dapat menjadikan guru sebagai role-model.
Seterusnya ialah bentuk-bentuk interaksi pembelajaran. Terdapat beberapa bentuk interaksi pembelajaran iaitu hubungan sehala, hubungan dua hala dan dua hala antara kumpulan. Sebagai contoh, berdasarkan artikel yang dipetik dari Utusan Online (2018), fungsi muzium dalam menyampaikan maklumat dan memberikan pendidikan mengenai budaya dan sejarah akan dipertingkat bagi memenuhi keperluan pelajar.
Konsep-konsep sosiologi pembelajaran pula proses mempelajari peranan, status, dan nilai yang perlu ada pada individu dalam institusi sosial. Menurut Sebastiao Periera (2017), pelajaran sosiologi akan menjadi pelajaran yang menyenangkan apabila diajarkan dengan cara yang menyenang. Melalui pembelajaran yang menarik, peserta didik akan menjadi senang dan termotivasi untuk belajar lebih giat. Proses pembelajaran yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajarinya.

RUMUSAN
                Kesimpulannya, guru perlulah kreatif dalam menyediakan bahan pengajaran agar pelajar berasa seronok untuk mempelajari sesuatu tajuk. Bentuk-bentuk interaksi juga memainkan peranan dalam pembelajaran supaya pelajar lebih memahami sesuatu topik yang dipelajari. 

RUJUKAN

1.  Ahmad Susanto. (2013) Teori Belajar dan Pembelajaran di Sekolah Dasar. Indonesia : Prenadamedia Group.

2. Muzium bantu fahami sejarah. (2018, Mac 20) Utusan Online.

PETA MINDA 



















No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.