Pengurusan Pelbagai Budaya
Pengurusan
menurut kamus dewan edisi bermaksud satu bentuk kumpulan Yang bekerja
bersama-sama menggunkan sumber Yang terhad untuk mencapai matlamat Yang sama. Kepelbagaian pula meliputi
berbagai-bagai latar belakang , pencapaian, budaya , Bahasa , Dan nilai yang
menjadi pegangan kepada seseorang pelajar. Topik pengurusan pelbagai budaya ini
ingin memfokuskan pada latar belakang murid-murid yang datang dari situasi Yang
berbagai-bagai serta sejauh mana guru-guru mampu memahami dan menguasai cara
untuk menguruskan Kepelbagaian budaya ini. Pemerhatian dijalankan untuk
mendapatkan kepastian tentang bargaimana elemen-elemen pelbagai budaya ini diterapkan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan yang telah digunakan adalah
dengan melihat sendiri situasi atau suasana yang berlaku dalam bilik darjah
agar pemerhatian secara langsung dapat dilaksanakan.
Konsep pelbagai upaya yang berjaya ditekankan
dalam pemerhatian ini adalah bertunjagkan Kepelbagaian agama, kepelbagaian
bangsa dan kaum, kepelbagaian Cara hidup
dan juga kepelbagaian nilai. Berdasarkan pemerhatian yang telah
dijalankan, sesungguhnya terdapat pelbagai cara dan teknik yang boleh diaplikasikan
dalam pendekatan yang digunakan oleh guru-guru samaada secara langsung atau
tidak langsung. Cara yang digunakan serikit sebanyak dapat membantu corak
pendidikan di Malaysia supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan dan
memberangsangkan sekaligus dapat membuka minda pihak-pihak yang terlibat dalam
pengurusan pelbagai budaya. Berdasarkan pemerhatian lagi, guru-guru telah
menggunakan pendekatan yang sesuai dalam pengajaran mereka untuk melahirkan
insan Yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek walaupun
setiap murid datang dari latarbelakang yang berbeza-beza.
Murid-murid
yang dilahirkan juga dapat menghayati nilai murni dan usaha yang dipaparkan
oleh guru tersebut. Jelaslah bahawa pemahaman guru tentang nilai kepelbagaian
budaya yang ada dalam diri murid-murid dapat membantu guru itu sendiri dalam
proses penyampaian ilmunya kerana apabila guru faham tentang cara anak murid
itu menerima pembelajaran maka proses pengajaran akan menjadi lebih efektif
seterusnya membantu murid tadi menjadi seorang pelajar yang berpersonaliti
terpuji dan cemerlang dalam akademik. Murid juga akan lebih berkeyakinan dan
seronok untuk belajar apabila kesefahaman antara dua pihak wujud dan menjadikan
mereka lebih selesa untuk menimba ilmu pengetahuan.
PETA MINDA
PETA MINDA
Rujukan
Ab. Halim Tamuri. September 2017. Pendidikan Abad
ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya: Cabaran
dan Harapan. Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor. Dimuat
turun daripada: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan
Anita Hj Abu Hasan, Noryani Md Yusof
Ph.D & Husni Hj Jazam. 2015 Budaya & Pembelajaran. Pelangi Professional
Publishing. 58-59
Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya:
Cabaran dan Harapan
https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan(18
Oktober 2018) hlm. 3-9

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.