music

Sunday, 16 December 2018

BAB 9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


BAB 9 PENGURUSAN PENASIHATAN MURID
Bimbingan.
Program bimbingan dan kaunseling di sekolah diperkenalkan adalah sebagai respond kepada keperluan manusia yang keliru dan menjadi punca berbagai-bagai cabaran dalam pertumbuhan seseorang. Bagaimanapun tugas hakiki seorang guru di sekolah adalah mengajar. Tumpuan utama mereka ialah menyampaikan pengetahuan dan membina perkembangan minda pelajar dan tidak memperoleh masa yang mencukupi bagi membantu pelajar secara lansung tetang perkara yang tidak berkaitan dengan pembelajaran. Oleh itu, seorang kaunselor yang ditugaskan khas dengan program yang tersusun untuk membantu murid menghadapi cabaran yang berkaitan adalah amat penting.

Ciri-ciri bimbingan
    Ø  Diberikan kepada semua murid untuk perkembangan diri mereka
    Ø  Dilakukan secara kolaboratif dengan kaki tangan lain disekolah
    Ø  Murid menyertai bimbingan secara sukarela

Penasihatan.
Penasihatan merupakan satu strategi menyelesaikan masalah tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat. Ianya merupakan salah satu cara yang mudah untuk mengelakan diri daripada memahami, memeriksa dan menjelajah masalah yang dihadapi oleh orang lain. Penasihatan juga boleh dikenali sebagai satu ajaran / petunjuk yang baik, peringatan kepada seseorang tetang pelbagai hal.

Ciri-ciri penasihatan
    Ø  Bertujuan membantu seseorang memahami punca sesuatu masalah pada kerjaya dan pelajaran
    Ø  Digunakan untuk tujuan psiko sosial serta isu-isu penambahbaikan.
    Ø  Pertemuan bagi menjalankan penasihatan perlu dirancang dan dipersetujui oleh kedua-dua                   pihak iaitu individu yang terlibat dan penasihat.

Mentoring.
Merupakan satu program yang dilaksanakan di sekolah serta dikenali sebagai program mentor mentee. Program ini dijalankan dengan menyediakan seorang atau lebih guru yang mempunyai mentee iaitu murid yang terdiri daripada 2 hingga 15 orang. Guru yang berperanan sebagai mentor akan menjadi tempat rujukan jika pelajar mempunyai masalah yang berkaitan pembelajaran dan sebagainya.

Ciri-ciri mentoring
    Ø  Mempunyai hubungan yang kekal antara mentor dan mentee sehingga tamat pengajian
    Ø  Perjumpaan lebih kepada informal dan berlaku apabila mentee memerlukan nasihat, bimbingan           atau sokongan.
    Ø  Mentor perlu mempunyai pengalaman dan mempunyai kelayakan yang mencukupi seperi guru           di sekolah, pensyarah di universiti dan pekerja yang lebih senior di alam pekerjaan.


Proses bimbingan dan penasihatan.
Setiap individu memerlukan bimbingan dan nasihat sejak ia dilahirkan sehingga meninggal dunia. Dalam konteks sebagai guru yang berhubung rapat dengan usaha mendidik anak muridnya, pasti tidak telepas daripada memberi bimbingan dan nasihat. Bagi pihak pelajar pula, keperluan menerima bimbingan dan nasihat daripada guru adalah sesuatu yang sangat diharapkan.

Kesimpulan.
Bimbingan, penasihatan dan mentoring merupakan satu program yang penting di sekolah bagi memastikan para pelajar mampu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran mereka tanpa memikiran tentang masalah-masalah yang mampu menjadi punca utama kemerosatan bukan sahaja dalam akedemik malah terhadap akhlak dan disiplin mereka kerana sekolah telah menyediakan satu tempat yang boleh menjadi rujukan mereka bagi mendapatkan nasihat, bimbingan dan tujuk ajar terhadap masalah yang dihadapi.




Rujukan

Azmi, S. (Dis, 2012) Pengurusan penasihatan murid. Dimuat turun dari  https://prezi.com/wfctr3oyurye/pengurusan-penasihatan-murid/
Ramli, R. (Jul, 2013) Pengurusan Pembelajaran ( Tajuk : Pengurusan penasihatan murid )_Tugasan Kumpulan Sem 1_UTHM. Dimuat turun dari https://www.slideshare.net/rosdiramli80/pengurusan-penasihatan-murid-pengurusan-pembelajaran-tajuk-kepimpinanan-peringkat-sekolah-dan-kepimpinan-guru-tugasan-kumpulan-sem-1uthm
Yumus, K. & Samad, N. (2006) Bimbingan & penasihatan falsafah, kemahiran, proses dan etika. Malaysia : Universiti Pendidikan Sultan Idrispenerbit
Salleh A., Mahmud, Z. & Amat, S. (2006) Bimbingan dan kaunseling sekolah. Malaysia : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.