music

Monday, 17 December 2018

BAB 8 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN


PENGENALAN

Pengurusan tingkah laku dapat ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku yang bermasalah kepada satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. Terdapat juga dua (2) jenis tingkah laku iaitu tingkah laku positif dan juga tingkah laku negatif. Tingkah laku yang positif adalah tingkah laku yang baik yang wajar untuk dicontohi serta dengan adanya tingkah laku ini ianya akan membuat para pelajar bersemangat melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala tingkah laku negatif pula adalah tingkah laku yang memberikan atau mendatangkan masalah serta akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Disiplin pula adalah sikap yang selalu tepati janji, sehingga orang lain mempercayainya, kerana tujuan utamanya untuk mendisiplinkan diri serta bagi memperoleh kepecayaan dari orang lain


ISI PENTING
Peraturan dan Disiplin Murid
            Peraturan ialah undang-undang yang telah ditetapkan untuk menentukan tahap ketenteraman, keharmonian, dan kelicinan perjalanan aktiviti- aktiviti dalam masyarakat. Manakala peraturan sekolah merupakan satu persetujuan yang dipersetujui bersama oleh warga sekolah dalam mengawal disiplin dan tingkah laku manusia yang berada di dalamnya. Disiplin terbahagi kepada dua (2) iaitu disiplin asas dimana melibatkan individu dan masyarakat yang lebih besar serta mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh institusi-institusi bukan formal dan formal yang wujud dalam masyarakat demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup. Seterusnya, disiplin instrinsik atau kendiri iaitu disiplin yang lahir dalam diri individu. Disiplin yang dimaksudkan adalah berdasarkan empati, sifat kesedaran yang sivik, moral, agama, dan pergaulan yang tinggi dalam masyarakat. Faktor yang mempengaruhi tahap disiplin para pelajar iaitu diri sendiri, rakan sebaya, dan keluarga.

Pengurusan Devian
Didefinisikan sebagai perlakuan yang menyimpang atau melencong. Azizi et al (2005) menyatakan bahawa tingkahlaku devian membawa maksud tingkah laku yang melanggar norma - norma masyarakat tertentu. Ianya juga ditakrifkan sebagai sebarang tingkah laku yang tidak memahami norma-norma sosial sesuatu kumpulan atau masyarakat (Rohana, 1996).

Salah Laku
Jenayah, kelakuan negatif, membolos dan menipu



Pekeliling
1)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin di Sekolah
2)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif
3)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok di Sekolah-Sekolah
4)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-murid Yang Melakukan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-peraturan Pelajaran
5)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.12/1978 Pakaian Seragam Sekolah-Sekolah
6)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1977 Pakaian Murid-Murid Perempuan Di Sekolah-sekolah Menengah Bantuan Penuh/Kerajaan
7)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
8)      Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/1976 Potongan Rambut Murid-Murid


RUMUSAN

               Kesimpulan dariapada ini keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bergantung

 kepada strategi pengurusan terhadap bilik pembelajaran itu. Seterusnya, unsur fizikal, interaksi dalam 

bilik pembelajaran dan juga juga iklim pengurusan bilik darjah yang positif harus ditekankan dalam

 proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik pembelajaran. Akhir sekali, pihak sekolah, guru-guru, 

dan para pelajar perlu memainkan peranan masing-masing agar strategi pengurusan bilik pembelajaran ini 
tercapai serta berjalan dengan sempurna.

PETA MINDA
 

RUJUKAN
1)      Asiyai, Romina. Students Perception of The of Their Classroom Physical Learning Environment and Its 
       Impact on Their Learning and Motivation. College Student Journal. Nigeria. 2014 
2)      Lauren Madden, Gail Jones, Gina Childers, Teacher Education: Modes of Communication within Asynchronous 
       and Synchronous Communication Platform, Journal of Classroom Interaction. United States. 2017 
3)      Evelina BALAS. Determining The Factors Contributing to The Use of a Communication Method in The Classroom.
       Journal Plus Education/Educatia Plus. Romania. 2014
4)      Fatin Muneerah Arrifin (2015). Strategi Pengurusan Bilik Pembelajaran. (Slaid Pembentangan)
Diperoleh daripada : https://www.slideshare.net/jesycanandoh/kps-powerpoint-strategi-mengurus-bilik-darjah

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.