music

Monday, 17 December 2018

BAB 6 PENGURUSAN SUMBER


    Pendahuluan


Pengurusan bermaksud pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.( Nurzaratulshima & Lilia,(2014)). Sumber adalah bahan-bahan atau material yang dapat dirujuk bagi membantu pelajar dan guru dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengurusan sumber pembelajaran ialah menggunakan pelbagai sumber iaitu jurnal, suratkhabar, multi-media, laman web, komuniti dan masyarakat.Pelajar digalakkan untuk mendapatkan maklumat secara aktif dari pelbagai sumber.

Isi penting 
Terdapat beberapa isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah  dapat mengetahui peranan dan fungsi sumber pembelajaran terhadap pelajar di sekolah. Antara peranan sumber pembelajaran ialah sumber sebagai penjelasan makna dan konsep. Selain itu, sumber juga berfungsi sebagai pengerak penggunaan pelbagai deria. Memberikan inspirasi dan kreatif juga ialah salah satu fungsi sumber pembelajaran. Ia juga menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna.

Seterusnya, apa yang saya dapat dari tajuk ini ialah kemahiran akses sumber pembelajaran yang digunakan disekolah. Sebelum mengulas lebih lanjut, kemahiran itu didefenisikan sebagai keupayaan atau kecekapan untuk melakukan sesuatu perkara. Kemahiran ini sangat penting kerana dalam zaman teknologi moden ini, dunia kita terdedah kepada ledakan maklumat. Kemahiran ini dapat membantu seseorang itu mencari tau memperolehi maklumat dari pelbahai sumber seperti alat elektronik, perpustakaan dan sebagainya. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu sumber itu ialah tepat, cepat, lengkap, ringkas dan berkaitan.

Selain itu, apa yang saya dapat pelajari ialah mengetahui Pembentukan Pusat Sumber yang berkesan. Pelaksanaan PSS abad ke-21 lebih tertumpu kepada kualiti penggunaan dan peningkatan PSS secara optimum serta memberi tumpuan kepada pemerolehan ilmu dan literasi maklumat. PSS dirancang dan disusun mengikut keperluan semasa. Terdapat 3 unsur atau elemen yang dapat meningkatkan penggunaan yang optimum. Antaranya ialah ruang, kandungan dan teknologi. PSS perlu mempunyai infrastruktur seperti pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta menyediakan suasana pembelajaran yang selesa (fun learning area) berteraskan resource-based learning. Teknologi pula dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran peribadi dan menggalakkan murid bermain, meneroka dan menyelidik secara lebih mendalam. Manakala untuk kandungan PSS abad ke-21 mestilah mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid. Oleh itu koleksi bahan mestilh bersesuaian disedikan mengikut keperluan kurikulum dan kokurikulum.

Akhir sekali, dalam sesebuah pusat sumber, sumber pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya perkakasan (hardware) dan bahan (software). Bagi sumber bahan, terdapat 2 kategori iaitu bahan bercetak dan bahan tidak bercetak. Antara contoh bahan bercetak adalah buku rujukan, buku fiksyen, majalah dan surat khabar, manakala bahan tidak bercetak adalah perisian, permainan dan perkakasan.

Rumusan
Secara kesimpulannya, pengurusan sumber pembelajaran merupakan aspek peting dalam proses pembelajaran Abad ke-21 kerana tanpa pengurusan sumber yang baik, proses PdPc tidak dapat berjalan dengan lancar. Murid juga hanya akan dapat mempelajari sesuatu dengan lebih baik sekiranya pengurusan sumber di sekolah dilaksanakan dengan sistematik dan baik. Pusat Sumber sekolh memainkan peranan yng amat besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.



Peta MInda Bab 6 Pengurusan Sumber


RUJUKAN 


1.      Nurul Hazwani (2014). Apa itu pengurusan sumber. (Slaid Pembentangan). Diperoleh daripada : https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber/


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.