music

Sunday, 16 December 2018

BAB 11 PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas. Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu. Pengajaran pendidikan khas (PK) yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. PK menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa
Tiga isi yang saya pelajari dalam topik ini berkaitan pengurusan pelajar pelbagai upaya seperti keperluan khas, pemulihan, dan penggayaan. Pengurusan bagi berkeperluan khas ini ialah berkaitan dengan masalah pembelajaran. Murid pelbagai upaya ini terdiri daripada murid yang mempunyai autisme, sindrom down, hyperactive dan masalah pembelajaran. Organisasi fizikal iaitu susunan kelas dari segi penampilan kelas, penggunaan ruang kelas, pencahayaan serta hiasan dinding dan ruang penyimpanan barang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Memerlukan suasana pembelajaran yang berbeza kerana murid-murid tersebut mudah bosan dengan suasana pembelajaran yang biasa. Guru Pendidikan khas perlu mencari insiatif bagi menarik perhatian murid untuk belajar di dalam kelas. Guru perlu bijak dalam menguruskan murid yang pelbagai upaya ini kerana mereka anak-anak istimewa yang amat sukar untuk dididik. Guru perlu mewujudkan persekitaraan pembelajaran yang berkesan dengan menetapkan peraturan dan menjelaskan akibat yang berlaku sekiranya murid tidak mematuhi peraturan. Guru perlu memantau tingkah laku murid pelbagai upaya tersebut secara konsisten bagi memastikan murid tersebut sentiasa mematuhi peraturan. Guru perlu mencari kaedah pembelajaran yang sesuai untuk mendidik pelajar seperti ini dan semestinya kaedah pengajaran yang digunakan untuk murid pelbagai upaya ini juga berbeza daripada murid aliran perdana. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah yang dapat menarik minat murid untuk belajar dan memudahkan murid tersebut untuk memahami apa yang dipelajari. Guru digalakkan menggunakan gambar semasa mengajar murid untuk memastikan murid mengetahui bagaimana bentuk objek tersebut dan dapat mengingati nama objek tersebut
Kaedah pembelajaran itu mestilah berasaskan kemahiran.
Selain itu, pengurusan pelajar pelbagai budaya ini terdapat juga beberapa kaedah pemulihan. Pemulihan ialah Satu program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutama yang berkaitan dengan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira atau lebih dikenali sebagai 3M. Tujuan program pemulihan ini diwujudkan adalah untuk membantu mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, membantu murid mengubah sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran dan memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. Terdapat tiga jenis pemulihan iaitu Program Pendidikan Pemulihan dalam Kelas KBSR, Program Literasi dan Numerasi (LINUS), dan Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M).
Seterusnya, penggayaan juga digalakkan dalam kaedah pengajaran mendidik pelajar yang pelbagai upaya ini. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas dalam proses pembelajaran yang dilaksanakan sama ada semasa waktu persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Aktiviti yang dilakukan dalam proses pengayaan adalah lebih menarik minat dan mencabar diri pelajar. Tujuan aktiviti tambahan ini dijalankan bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman pelajar di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang mereka pelajari. Antara objektif penggayaan ini adalah membolehkan para pelajar menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah mereka kuasai bagi memperluas pengetahuan dan pengalaman mereka dan Membiasakan pelajar melakukan perkara yang lebih mencabar berdasarkan kebolehan mereka yang sedia ada seperti menjalankan aktiviti yang beraras tinggi supaya melahirkan pelajar dapat berfikir aras tinggi. Terdapat juga prinsip penggayaan dalam pengurusan ini iaitu inovasi, metodologi yang luas, aktiviti yang pelbagai, dan pembelajaran kendiri. Jenis penggayaan juga terbahagi kepada dua iaitu penggayaan mendatar dan penggayaan menegak. Penggayaan mendatar ialah Aktiviti yang berdasarkan kebolehan pelajar dalam kumpulan, aktiviti pengayaan berlainan di antara kumpulan mengikut tahap pencapaian pelajar dan ia bertujuan untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh pelajar. Manakala penggayaan menegak ialah aktiviti yang mengikuti minat dan bakat pelajar dalam kumpulan cerdas sahaja, aktiviti yang akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, dan ia agak mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi. Kaedah bagi merancang aktiviti penggayaan ialah mengikut bidang (kebolehan), masa, aktiviti, bahan, dan ruang/tempat.
Kesimpulannya, topik ini telah menerangkan tentang pengurusan pelajar pelbagai upaya seperti pemulihan dan penggayaan. Oleh itu, pelajar pelbagai upaya ini perlu diberi perhatian khusus daripada guru. Guru perlu bersabar dalam mengajar pelajar-pelajar ini kerana mereka tidak seperti pelajar normal yang lain yang boleh menerima maklumat daripada guru dengan mudah. Selain itu, guru juga perlu sentiasa melibatkan pelajar pendidikan khas dengan pelajar normal di sekolah

PETA MINDA 





RUJUKAN
Daniel Helmi (2015), Pengurusan Murid Pelbagai Upaya.

Pengurusan Murid Pelbagai Upaya (2010).


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.