Menurut Sharifah Alsagoff (1990), Sekolah adalah satu
institusi masyarakat setempat iaitu dari segi sejauh mana sekolah-sekolah
sesebuah masyarakat setempat itu merupakan identiti dan nilai-nilai masyarakat
itu dan merupakan fokus untuk integrasi kehidupan masyarakat. Sekolah juga
selalu dikenali sebagai pusat penyebaran ilmu untuk mendidik anak. Pada mulanya
fungsi sekolah itu terbatas pada beberapa kecekapan seperti membaca, menulis
dan menghitung, tetapi disebabkan kemajuan dalam ilmu pengetahuan dan teknologi
meyebabkan sekolah tidak hanya mengajar menulis, membaca dan menghitung tetapi
juga keterampilan tertentu dan mata pelajaran lain. Persekitaran pula
didefinisikan sebagai kawasan disekeliling suatu tempat. Persekitaran sekolah
merujuk kepada suasana dalam sekolah dan masyarakat yang tinggal berhampiran
dengan sesebuah sekolah. Persekitaran sekolah sangat mempengaruhi perkembangan
pelajar di sekolah. Persekitaran fizikal di sekolah merujuk kepada kemudahan dan
peralatan yang dibekalkan di sekolah. Sebagai contoh, reka bentuk bilik darjah
dari segi pencahayaan dan pengudaraan, kebersihan bilik darjah dan kawasan
sekolah, susunan perabot, sumber bahan pembelajaran dan sebagainya. Bangunan
sekolah yang indah, kawasan sekolah yang bersih dan ditanam dengan pelbagai
jenis pokok memberikan keselesaan dan ketenangan kepada murid.
Hubungan
sekolah dengan masyarakat merupakan jalinan interaksi yang diupayakan oleh
sekolah agar dapat diterima di tengah-tengah masyarakat untuk mendapatkan
aspirasi, simpati dari masyarakat serta menjalinkan kerjasama yang baik antara
sekolah dengan masyarakat untuk kebaikan bersama, atau secara khusus bagi
sekolah. Penjalinan hubungan tersebut adalah untuk menjayakan program-program
sekolah yang berkaitan sehingga sekolah tersebut mencapai kejayaan. Selain itu,
hubungan sekolah dengan ibu bapa pula, adalah untuk mewujudkan permuafakatan
yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan
sekolah dan melahirkan masyarakat madani. Satu strategi yang boleh dilaksanakan
adalah merapatkan hubungan sekolah dengan ibu bapa melalui PIBG. Seterusnya,
hubungan di antara sekolah dengan guru adalah guru sebagai pengganti ibu bapa,
sebagai kerani, pakar mata pelajaran dan sebagai kaunselor. Terdapat juga hubungan persekitaran dan
hubungan sekolah dan masyarakat. Hubungan persekitaran adalah hubungan yang
dititikberatkan di sekeliling mereka iaitu hubungan sesama guru, guru dengan
murid dan murid dengan murid.
Usaha
mewujudkan kesatuan dan perpaduan dalam sebuah negara berbilang agama dan
budaya merupakan suatu perkara yang mencabar. Penekanan kepada perpaduan dalam
kepelbagaian dan inklusif. Pastikan kesaksamaan untuk semua, khususnya dalam
bidang pendidikan. Pendidikan adalah kepentingan awam dan mempunyai peranan
yang sangat penting untuk memupuk integrasi antara kaum. Ia memerlukan tindakan
secara holistik agar masyarakat memperoleh mutu pendidikan yang setara,
bersifat futuristik dalam menghadapi masa depan yang penuh persaingan. Terdapat
10 isu dan cabaran dalam pendidikan semasa iaitu integrasi nasional,
pendemokrasian pendidikan, pendidikan berterusan, pendidikan seumur hidup,
perubahan kurikulum, persediaan menghadapi persaingan global, perkembangan
profesionalisme guru, kepelbagaian budaya, penggunaan teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran serta gejala sosial.
Pendidikan
global adalah merupakan keupayaan bersistematik untuk membentuk wawasan dan
perspektif murid dan pelajar, kerana melalui pendidikan global murid dan pelajar
dibekalkan penguasaan kemahiran subjek secara mantap dan menyeluruh berkaitan
dengan kehidupan global. Pendidikan global perlu mempersiapkan murid untuk
memahami dan mengatasi adanya kebergantungan global yang meliputi hubungan
antara negara. Pelbagai keperluan ini melibatkan usaha saling bantu membantu
dan ia tidak akan dapat dipenuhi jika sempadan negara menjadi penghalang
(Hoopes, 1997). Fungsi globalisasi pendidikan adalah untuk menghasilkan sumber
yang diperlukan untuk pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat dan
menjadikan proses berterusan meningkatkan tahap kemahiran dan pengalaman
seseorang.
Kesimpulannya,
topik ini membincangkan tentang hubungan sekolah dengan masyarakat, guru dan
ibu bapa, isu dan cabaran pendidikan semasa serta pendidikan dan globalisasi.
Oleh itu, kemudahan merupakan perkara utama yang patut diambil kira oleh pihak
sekolah. Hubungan yang bauk antara guru dengan ibu bapa dan masyarakat juga
memainkan peranan yang penting dalam menjaga persekitaran sekolah yang baik. Persekitaran
yang bersih dan selamat akan menaikkan semangat murid untuk belajar. Kebersihan
dan keselesaan merupakan tonggak utama bagi keselesaab murid-murid untuk
belajar.
RUJUKAN
Suu Wan. (2016).
Sekolah dan Persekitaran. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/331622050/Laporan-Kps-sekolah-dan-persekitaran
Shockgadof. (2011).
Hubungan Sekolah dengan Masyarakat Sekolah dan Guru. Diperoleh daripada https://www.slideshare.net/shockgadof/hub-sekolah-dgn-masysekguru

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.