music

Saturday, 15 December 2018

BAB 13 PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Pengurusan Alam Pembelajaran


Sebagai seorang pendidik, guru bukan sahaja bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu pengetahuan namun guru juga perlu mahir bertindak layaknya seorang pengurus. Hal ini kerana guru-guru perlu berhadapan dengan pelbagai situasi apabila melibatkan diri dengan murid-murid Dan warga sekolah. Tugas guru sebagai pengurus tidak terhad kepada menguruskan pelajar bahkan juga guru harus menguruskan jadual bilik darjah, memastikan tugasan dijalankan oleh semua murid dengan sama rata. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif agar pembelajaran berlaku secara efektif. Kecekapan guru menguruskan bilik darjah boleh menyumbang kepada keadaan emosi murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Alam Pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.( Lee Shok Mee, 1993).


Berdasarkan pemerhatian, guru boleh menjadi seorang pengurus yang baik apabila mereka menguasai kemahiran-kemahiran seperti mengingati nama serta latar belakang murid-muridnya. Hal ini kerana menurut Bartlett (2004) seorang guru yang mengetahui tentang butiran anak muridnya merupakan seorang yang mempunyai personaliti yang mengambil berat akan perihal pelajar. Selain itu, guru juga harus menetapkan peraturan didalam bilik darjah mengikut kesesuaian dan apa yang dikehendaki oleh guru tersebut dengan tidak melanggar etika yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan  untuk mengajar, memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut. ( Noraisah Ibni Qasim, ). Ringkasnya, pengurusan alam pembelajaran memainkan peranan yang penting dan perlu dititikberatkan oleh para guru supaya minat pelajar terhadap pengajaran dapat dipupuk dengan mudah sekaligus meningkatkan pencapaian mereka.

Rujukan


   Nasbah, N. (2018). Guru sentiasa perlu kreatif dalam Pd. Diambil daripada

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH
KEBANGSAAN DI     ZON BANDAR DAERAH KOTA TINGGI. (2018). [Ebook]. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/39043/1/RaedahMdAminMFP2013.pdf

     Noormala, Ali, Mohamed Sharif Mustafa. dan Roslee Ahmad. (t.t.). Pendekatan temubual
            sebagai metod kajian kes. suatu persepsi di kalangan pelajar perempuan cemerlang
            terhadap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. hlm.1-12. Diperoleh daripada

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.