Pembelajaran Abad Ke-21
Pembelajaran
pada abad ke-21 bermaksud proses pembelajaran yang berpusatkan murid
berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, dan kreativiti
serta aplikasi nilai murni dan etika. Jika dilihat pada situasi sekolah-sekolah
di Malaysia, tidak banyak sekolah yang berjaya menerapkan sepenuhnya kaedah
pembelajaran ini disebabkan oleh faktor-faktor yang menjadi penghalang seperti
kekurangan dana atau kelemahan institusi itu sendiri dalam menerapkan elemen
ini. Terdapat 5 standard asas yang menjadi
panduan untuk menjayakan PAK 21 ini dan kesemua standard ini adalah berpusatkan
murid.
Elemen yang pertama adalah komunikasi
manakala yang kedua pula ialah kolaboratif. Seterusnya ialah pemikiran kritis
dan yang seterusnya ialah kreativiti. Antara elemen lain yang terdapat dalam
standard ini juga ialah seperti nilai murni dan etika. Komunikasi bermaksud
situasi dimana interaksi antara murid dan guru atau murid dan murid berlaku
semasa proses pembelajaran. Kolaboratif pula bermaksud berlakunya kerjasama
antara guru-guru dan murid-murid secara menyeluruh untuk membolehkan pertukaran
idea berlaku.
Pemikiran kritis pula membawa maksud
apabila berlakunya proses penerokaan idea yang membuatkan murid dapat berfikir
dengan lebih mendalam dan kritikal tentang sesuatu buah fikiran itu. Seterusnya
pula ialah kreativiti yang bererti murid diperlukan untuk berinovasi dan
menghasilkan produk yang baru serta berguna hasil daripada idea mereka sendiri
dan yang terakhir pula ialah nilai murni dan etika. Elemen ini menjelaskan
tentang proses melahirkan modal insan yang cemerlang dan berakhlak dan mampu
mencapai pembentukan jati diri nasional mengikut apa yang telah digariskan oleh
negara untuk generasi yang akan datang.
Demi mencapai matlamat ini, guru-guru harus
berusaha dengan lebih gigih demi memastikan generasi yang dididik dapat menjadi
yang terbaik seperti mana yang diharapkan oleh Negara kita dalam proses
mencapai kemajuan dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran untuk mewujudkan
generasi yang lebih berketrampilan.
PETA MINDA
RUJUKAN
PETA MINDA
RUJUKAN
Upa.ipgkda.edu.my. (2018). [online] Diperoleh
daripada: http://upa.ipgkda.edu.my/wp-content/uploads/2017/07/PAK21-KPM.pdf
Smktt01.weebly.com. (2018). [online] Diperoleh
daripada: http://smktt01.weebly.com/uploads/1/7/8/4/17847255/kelas_abad_ke-21
Anon, (2018). [online] Diperoleh daripada: https://www.researchgate.net/publication/320858903_Pendidikan_Abad_ke_21_Dalam_Kepelbagaian_Budaya_Cabaran_dan_Harapan

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.