BAB 4 PENGURUSAN MURID
Pengurusan
murid
Pengurusan
boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yang di bentuk bagi memastikan
kerjasama, penglibatan dan penyertaan orang lain terhadap sesuatu objektif yang
ditetapkan. Dalam menguruskan murid, pengurusan ini kebiasaanya melibatkan sikap,
akedemik dan peribadi semua pelajar sekolah rendah hinggalah sekolah menegah. Penolong
kanan hal ehwal pelajar diberikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai pengurus
dalam bidang ini. Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di sekolah.
Oleh itu, pengurusan ini perlulah sentiasa dikendalikan dengan menggunakan
kaedah yang terbaik.
Pengurusan
murid di sekolah dilaksanakan dengan kaedah yang tersusun untuk memastikan
sebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri organisasi yang berjaya dalam bidang
akedemik dan kokurikulum. Penolong kanan hal ehwal pelajar bertanggungjawab
dalam pengurusan murid sentiasa bertanggungjawab kepada pengetua bagi
memastikan falsafah pendidikan kebangsaan tercapai.
Konsep
pengurusan murid
Pengurusan
murid merupakan satu proses mengendalikan sumber manusia dan fizikal dengan
tujuan untuk mencapai matlamat pada tahap yang memberansangkan. Dalam waktu
yang sama pengurusan yang dilaksanakan dapat memberi rasa kepuasan serta
memupuk semangat kerja sama dan disiplin dalam kalangan ahli yang terlibat.
(Omardin, 1996)
Mengurus
rekod murid merupakan satu bidang pengurusan yang bertanggungjawab menjaga,
mengawal dan menerima rekod yang berkaitan dengan murid termasuklah proses
mejaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.
Perlaksanaan pengurusan maklumat ini dijalankan agar maklumat yang berkaian
dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat.
Jenis-jenis
rekod murid
Ø Rekod
pendaftaran
Ø Rekod
kutipan yuran
Ø Rekod
himpunan 001 & 002
Ø
Rekod
profil
Ø
Rekod
prestasi
Ø
Jadual
kedatangan
Kesediaan
murid belajar.
Kesediaan
merupakan perkataan yang berasal dari kata sedia yang membawa maksud rela dan
sanggup manakala belajar pula adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
dengan sengaja untuk memperolehi suatu konsep, pemahaman atau pengetahuan baru
sehingga mengubah tingkahlaku dan pemikiran mereka (Ahmad Susanto, 2013). Oleh
itu dapat disimpulkan bahawa kesediaan murid belajar membawa maksud persediaan
atau keupayaan murid untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman pembelajaran
baru.
Kesedian
murid belajar mempunyai beberapa jenis kesediaan seperti kognitif, kesediaan
psikomotor dan kesediaan afektif. yang dipengaruhi oleh warisan, kematangan
sosial, kematangan emosi dan persekitaran.
Memontivasikan
murid.
Montivasi
merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan tingkah laku individu (Salvin,
2003). Konsep montivasi dapat disimpulkan sebagai peransangan yang
membangkitkan & mengekalkan minat seseorang kearah mencapai matlamat
tertentu. Antara peranan guru dalam memontivasikan pelajar adalah dengan
menyediakan ganjaran, meningkatkan rasa hormat diri, mengambil berat keperluan
pelajar dan lain-lain lagi.
Faktor
montivasi
Ø
Minat
Menumpu kepada
perkara yang mendatangkan kepuasan dan memenuhi minat
Ø
Naluri
dan inkuiri
Naluri dan sikap
ingin tahu amat penting bagi membangunkan montivasi seseorang dalam melakukan
sesuatu perkara. Contohnya, apabila seorang murid mempunyai naluri dan inkuiri
dalam pembelajaran mereka, murid tersebut telah mempunyai montivasi untuk
meneruskan pembelajaran mereka.
Ø
Desakan
& keperluan
Apabila seseorang
dalam keadaan terdesak dan ingin memenuhi keperluan mereka, secara tidak
lansung mereka akan termontvasi dalam melakukan apa-apa aktiviti bagi memenuhi
desakan dan keperluan mereka
Ø
Sikap
& harapan
Seseorang murid yang mempunyai
sikap positif terhadap sesuatu aktiviti, misalnya pembelajaran, akan memotivasi
perasaan dan tindakannya kea rah menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif
dan bermakna
Oppie, M. (Mar , 2014) Pengurusan rekod murid. Dimuat turun
dari
https://www.slideshare.net/jojomimi/pengurusan-rekod-murid
Susanto, A. (2013) Teori belajar dan pembelajaran di sekolah
dasar.Jakarta : Prenadamedia Group
Bukhari , I. (Nov, 2015.) Pengurusan Murid. Dimuat turun dari
https://www.slideshare.net/izyanbukhari/pengurusan-murid-55149545

No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.