music

Wednesday, 19 December 2018

BAB 1 INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

Dalam bab  ini, terdapat beberapa perkara yang akan diperbincangkan iaitu :

  • Interaksi dalam pembelajaran
  • Interaksi dalam pengurusan pembelajaran
  • Bentuk-bentuk interaksi pembelajaran
  • Konsep-konsep sosiologi pembelajaran


PENDAHULUAN
Menurut Ahmad Susanto (2013), pembelajaran merupakan perpaduan dari dua aktiviti belajar dan mengajar. Aktiviti belajar secara metodologi lebih cenderung kepada pelajar manakala mengajar secara instruksional dilakukan oleh guru. Beliau juga turut menyatakan bahawa pembelajaran membawa maksud proses interaksi didik dengan pendidik dan sumber belajar pada suatu lingkungan belajar.


ISI PENTING

Isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah interaksi dalam pembelajaran, interaksi dalam pengurusan pembelajaran, konsep-konsep sosiologi pembelajaran dan bentuk-bentuk interaksi pembelajaran.
Interaksi dalam pembelajaran menekankan makna yang dibentuk antara guru dan murid. Interaksi bermaksud tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua pihak atau lebih. Interaksi dalam pengurusan pembelajaran memerlukan guru untuk menguasai kemahiran atau ciri-ciri yang seperti komunikasi berkesan, pandai meyakinkan pihak yang dihadapinya, sentiasa berpandangan positif, berpusatkan masyarakat, mampu untuk bekerja secara kreatif, progresif, dan praktikal dan munasabah. Tujuan interaksi dalam pengurusan pembelajaran ialah supaya pelajar menghormati guru. Selain itu pelajar juga dapat menjadikan guru sebagai role-model.
Seterusnya ialah bentuk-bentuk interaksi pembelajaran. Terdapat beberapa bentuk interaksi pembelajaran iaitu hubungan sehala, hubungan dua hala dan dua hala antara kumpulan. Sebagai contoh, berdasarkan artikel yang dipetik dari Utusan Online (2018), fungsi muzium dalam menyampaikan maklumat dan memberikan pendidikan mengenai budaya dan sejarah akan dipertingkat bagi memenuhi keperluan pelajar.
Konsep-konsep sosiologi pembelajaran pula proses mempelajari peranan, status, dan nilai yang perlu ada pada individu dalam institusi sosial. Menurut Sebastiao Periera (2017), pelajaran sosiologi akan menjadi pelajaran yang menyenangkan apabila diajarkan dengan cara yang menyenang. Melalui pembelajaran yang menarik, peserta didik akan menjadi senang dan termotivasi untuk belajar lebih giat. Proses pembelajaran yang menarik dapat menarik minat pelajar untuk memahami sesuatu topik yang dipelajarinya.

RUMUSAN
                Kesimpulannya, guru perlulah kreatif dalam menyediakan bahan pengajaran agar pelajar berasa seronok untuk mempelajari sesuatu tajuk. Bentuk-bentuk interaksi juga memainkan peranan dalam pembelajaran supaya pelajar lebih memahami sesuatu topik yang dipelajari. 

RUJUKAN

1.  Ahmad Susanto. (2013) Teori Belajar dan Pembelajaran di Sekolah Dasar. Indonesia : Prenadamedia Group.

2. Muzium bantu fahami sejarah. (2018, Mac 20) Utusan Online.

PETA MINDA 



















BAB 2 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN MURID


      Pendahuluan
Pengurusan  mempunyai pelbagai definisi. Menurut pandangan Islam, pengurusan membawa maksud suatu proses melakukan dan menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah atau semula jadi dan melalui orang lain untuk mencapai objektif kerja secara berkesan dan memanfaatkan sumber organisasi secara cekap supaya matlamat dapat dicapai. Selain itu, menurut Nurzaratulshima & Lilia,(2014). Pengurusan bermaksud pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi. Pembelajaran pula adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan. Perubahan yang dilihat melalui perubahan tingkah laku dengan dibandingkan tingkah laku seseorang pelajar sebelum dan selepas diadakan situasi pembelajaran.

Isi penting
Terdapat beberapa perkara yang dapat saya pelajari dalam tajuk ini. Antara perkara yang dapat saya pelajari ialah kaedah-kaedah pengurusan dan pembelajaran pelajar. Terdapat dua jenis cara belajar iaitu secara berkumpulan dan bersendirian. Belajar secara berkumpulan akan berlakunya percambahan idea dari setiap ahli  dan menjadikan otak lebih kreatif dan aktif apabila berlakunya proses perbincangan. Manakala belajar secara sendirian pelajar dapat menumpukan sepenuhnya terhadap pengurusan dan pembelajaran pelajar. Selain itu belajar secara sendirian dapat dipraktikkan oleh pelajar yang gemar akan ketenangan dan sukakan untuk mempunyai masa berseorangan agar dapat memastikan pelajar dapat belajar dengan lebih efektif.

Selain itu, perkara yang saya pelajari ialah gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu kinestestik, audiotori dan visual. Gaya pembelajaran kinestetik ini, murid akan belajar dengan baik dan berkesan melalui peglaman dan akan melibatkan diri secasa fizikal dalam aktiviti di kelas. Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara ‘hand-on’. Selain itu, gaya pembelajaran ouditori pula murid belajar dengan mendengar perkataan atau ayat yang disevut dan juga arahan lisan. Murid auditori boleh mengingati penerangan melalu bacaan kuat atau mengerakkan bibir ketika membaca teruatama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Mereka juga dapat megukuhkan lagi ingatan mereka dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Manakala untuk gaya pembelajaran visual, murid dapat belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan, ayat dalam buku, papan hitam atau paparan komputer. Mereka jugak lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaaan ayat atau teks berkenaan. Pelajar visual ini juga selalunya menulis nota syarahan atau arahan lisan jika mereka mengingati sesuatu.

 Rumusan
Kesimpulannya, pengurusan pembelajaran amat penting bagi guru dan murid. Ia dapat merangkumi cara seseorang pelajar itu belajar sama ada dalam individu mahuupun secara berkumpulan.  Malah ia juga tentang kaedah yang terbaik pelajar mempelajari sesuatu perkara itu secara kinestetik, visual dan atau auditori. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kefahaman tersendiri untuk beajar dan ia juga bergantung pada individu pelajar tersebut.


Peta minta Bab 2 Pengurusan dan pembelajaran murid

BAB 3 ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Dalam bab ini, terdapat 4 tajuk kecil yang di perbincangkan iaitu gaya kepimpinan, organisasi sekolah, kepimpinan peringkat sekolah dan kepimpinan guru.


  • Gaya kepimpinan
  • Organisasi sekolah
  • Kepimpinan peringkat sekolah
  • Kepimpinan guru



PENDAHULUAN
Kepimpinan dapat didefinisikan sebagai sesuatu kegiatan atau seni ketua yang boleh mempengaruhi orang lain bagi tujuan menjalinkan kerjasama dengannya dalam sesebuah kelompok tersebut (Amerjit Singh, 2017). Menurut Norhannan Ramli (2016), kepimpinan merupakan keupayaan seseorang mempengaruhi minda dan gelagat individu yang berada dalam sesebuah organisasi untuk mencapai matlamat organisasi mengikut struktur dan prosedur tertentu. Oleh itu, kepimpinan dapat dirumuskan sebagai keupayaan individu dalam mempengaruhi pemikiran dan gelagat seseorang individu dalam mencapai sesuatu matlamat dalam sesebuah pertubuhan atau lebih dikenali sebagai organisasi.  Manakala organisasi pula bermaksud kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2010). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa organisasi  merupakan sesuatu pertubuhan yang merangkumi beberapa orang ahli tertentu.

ISI PENTING

Tiga isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah gaya kepimpinan, organisasi sekolah dan kepimpinan guru di sekolah. Menurut Hamedah Wok Awang (2010),  gaya kepimpinan perlu disesuaikan dengan personaliti pengetua dan guru besar serta kelompok manusia yang dipimpinnya. Menurut beliau lagi, mereka perlu mengetahui kekuatan dan kekurangan diri serta membina gaya kepimpinan. Terdapat tiga teori gaya kepimpinan iaitu, Teori Sifat, Teori Tingkah Laku dan Teori Kontengesi.
Isi yang seterusnya ialah organisasi kepimpinan. Berdasarkan petikan dari Utusan Borneo Sabah, organisasi pendidikan memerlukan kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan merupakan satu faktor yang dianggap penentu dalam kejayaan sebuah organisasi. Keupayaan pemimpin menjalankan peranan dalam sebuah organisasi menjadi nadi utama untuk menjamin keberkesanan seterusnya membawa kepada pencapaian objektif visi dan misi organisasi. 
Seterusnya, kepimpinan guru di sekolah. Dalam topik ini juga saya telah mempelajari bagaimana seorang guru perlu memainkan peranan yang penting sebagai pemudah cara. Guru juga perlu menguasai sepenuhnya ciri-ciri pembelajaran abad 21 untuk mencapai konsep 4K 1N iaitu kritis, komunikasi, kreativiti, kolaboratif serta nilai dan etika.


RUMUSAN

                Kesimpulannya, organisasi dan kepimpinan amat penting dalam sesebuah sekolah agar sistem dalaman sekolah lebih teratur dan sistematik. Tanpa organisasi dan gaya kepimpinan seorang guru, sebuah sekolah tidak akan dapat untuk mencapai misi dan visi yang telah dirangka. Guru terutamanya perlulah mahir untuk mempelajari segala ilmu baru yang berkaitan dengan Pembelajaran Abad 21 supaya konsep 4K 1N dapat dicapai.  Guru juga sentiasa kreatif dalam menghasilkan pelbagai inovasi yang baharu untuk meningkatkan semangat belajar dalam diri pelajar.



RUJUKAN
1.       Hamedah Wok Awang. (2010)  Sinergi Dalam Pengurusan Sekolah. Selangor : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
2.       Kepimpinan pengetua sebagai peneraju kecemerlangan sekolah. (2017, August 2)  Utusan Borneo Online.
3.       Miftahul Huda dan Pipit Riyanto. (2018) Pengaruh Gaya Kepimpinan Direktif dan Gaya Kepimpinan Konsultatif Terhadap Prestasi Kerja Karyawan Koperasi KPS Bhina Raharja Lamongan. Universitas Islam Darul Ulum
4.       Norhannan Ramli. (2017). Prestasi Guru Pendidikan Islam Berasaskan Daya Kekuatan Dalaman,. Universiti Malaya.
5.       Perilaku pemimpin dan gaya kepimpinan. (2017, Mac 14) Utusan Online.

PETA MINDA 





Tuesday, 18 December 2018

BAB 4 PENGURUSAN MURID



BAB 4 PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid
Pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yang di bentuk bagi memastikan kerjasama, penglibatan dan penyertaan orang lain terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan. Dalam menguruskan murid, pengurusan ini kebiasaanya melibatkan sikap, akedemik dan peribadi semua pelajar sekolah rendah hinggalah sekolah menegah. Penolong kanan hal ehwal pelajar diberikan tanggungjawab sepenuhnya sebagai pengurus dalam bidang ini. Pengurusan murid merupakan suatu bidang yang penting di sekolah. Oleh itu, pengurusan ini perlulah sentiasa dikendalikan dengan menggunakan kaedah yang terbaik.
Pengurusan murid di sekolah dilaksanakan dengan kaedah yang tersusun untuk memastikan sebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri organisasi yang berjaya dalam bidang akedemik dan kokurikulum. Penolong kanan hal ehwal pelajar bertanggungjawab dalam pengurusan murid sentiasa bertanggungjawab kepada pengetua bagi memastikan falsafah pendidikan kebangsaan tercapai.

Konsep pengurusan murid
Pengurusan murid merupakan satu proses mengendalikan sumber manusia dan fizikal dengan tujuan untuk mencapai matlamat pada tahap yang memberansangkan. Dalam waktu yang sama pengurusan yang dilaksanakan dapat memberi rasa kepuasan serta memupuk semangat kerja sama dan disiplin dalam kalangan ahli yang terlibat. (Omardin, 1996)
Mengurus rekod murid merupakan satu bidang pengurusan yang bertanggungjawab menjaga, mengawal dan menerima rekod yang berkaitan dengan murid termasuklah proses mejaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod. Perlaksanaan pengurusan maklumat ini dijalankan agar maklumat yang berkaian dengan murid dapat disusun dan disimpan dengan teratur, cekap dan selamat.

Jenis-jenis rekod murid
    Ø   Rekod pendaftaran
    Ø  Rekod kutipan yuran
    Ø  Rekod himpunan 001 & 002
    Ø  Rekod profil
    Ø  Rekod prestasi
    Ø  Jadual kedatangan

Kesediaan murid belajar.
Kesediaan merupakan perkataan yang berasal dari kata sedia yang membawa maksud rela dan sanggup manakala belajar pula adalah aktiviti yang dilakukan oleh seseorang dengan sengaja untuk memperolehi suatu konsep, pemahaman atau pengetahuan baru sehingga mengubah tingkahlaku dan pemikiran mereka (Ahmad Susanto, 2013). Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kesediaan murid belajar membawa maksud persediaan atau keupayaan murid untuk menimba ilmu dan mendapatkan pengalaman pembelajaran baru.
Kesedian murid belajar mempunyai beberapa jenis kesediaan seperti kognitif, kesediaan psikomotor dan kesediaan afektif. yang dipengaruhi oleh warisan, kematangan sosial, kematangan emosi dan persekitaran.

Memontivasikan murid.
Montivasi merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan tingkah laku individu (Salvin, 2003). Konsep montivasi dapat disimpulkan sebagai peransangan yang membangkitkan & mengekalkan minat seseorang kearah mencapai matlamat tertentu. Antara peranan guru dalam memontivasikan pelajar adalah dengan menyediakan ganjaran, meningkatkan rasa hormat diri, mengambil berat keperluan pelajar dan lain-lain lagi.

Faktor montivasi
Ø  Minat
Menumpu kepada perkara yang mendatangkan kepuasan dan memenuhi minat 

Ø  Naluri dan inkuiri
Naluri dan sikap ingin tahu amat penting bagi membangunkan montivasi seseorang dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya, apabila seorang murid mempunyai naluri dan inkuiri dalam pembelajaran mereka, murid tersebut telah mempunyai montivasi untuk meneruskan pembelajaran mereka.
Ø  Desakan & keperluan
Apabila seseorang dalam keadaan terdesak dan ingin memenuhi keperluan mereka, secara tidak lansung mereka akan termontvasi dalam melakukan apa-apa aktiviti bagi memenuhi desakan dan keperluan mereka

Ø  Sikap & harapan
Seseorang murid yang mempunyai sikap positif terhadap sesuatu aktiviti, misalnya pembelajaran, akan memotivasi perasaan dan tindakannya kea rah menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif dan bermakna


Rujukan :
Oppie, M. (Mar , 2014) Pengurusan rekod murid. Dimuat turun dari  https://www.slideshare.net/jojomimi/pengurusan-rekod-murid
Susanto, A. (2013) Teori belajar dan pembelajaran di sekolah dasar.Jakarta : Prenadamedia Group
Bukhari , I. (Nov, 2015.) Pengurusan Murid.  Dimuat turun dari https://www.slideshare.net/izyanbukhari/pengurusan-murid-55149545

BAB 5 PENGURUSAN BILIK DARJAH


Pengurusan merupakan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber yang terhad bagi mencapai matlamat yang optimum. Menurut Mok Soon Sang (2011), bilik darjah dalam konteks pendidikan ialah sebuah bilik yang mengandungi sekumpulan pelajar berada di bawah jagaan seorang guru untuk menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi konsep pengurusan bilik darjah menurut Richards (1990), adalah sebagai organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pengerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Selain itu, menurut Alberto & Trautman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Pengurusan bilik darjah juga merupakan faktor penting dalam mempengaruhi motivasi, tahap penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta tingkah laku dan sikap murid di dalam bilik darjah.
            Bagi melaksanakan peranan pengurus yang berkesan, guru perlu tahu ilmu mengurus bilik darjah dari segi iklim dan budaya persekitaran bilik darjah. Persekitaran pembelajaran yang kondusif mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar. Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat pembelajaran. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada suasana tersebut iaitu persekitaran fizikal, persekitaran psikososial dan peraturan dan rutin bilik darjah. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek susunan dan reka bentuk fizikal, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan, pengudaraan dan perabot serta aspek kebersihan. Bilik darjah yang teratur, kemas dan bersih dapat memberikan gambaran keselesaan kepada murid dan mereka hendak berada di dalam bilik tersebut. Keadaan ini memberi kesan kepada kemampuan guru menguruskan kelasnya dengan berkesan. Selain itu, dari segi persekitaran psikososial pula merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, menggalakkan pembelajaran koperatif, suasana yang merangsang pembelajaran dan sensitif dan peka kepada perbezaan individu. Faktor yang memberikan kesan kepada persekitaran psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran guru semasa di dalam bilik darjah. Seterusnya, peraturan dan rutin bilik darjah. Guru yang berkesan akan membentuk peraturan dan prosedur di dalam bilik darjahnya agar dapat mengurangkan gangguan dan meningkatkan pembelajaran. Peraturan mesti ringkas dan jelas, bermakna dan dipersetujui oleh murid serta mesti adil dan bertujuan membantu proses pembelajaran. Pengurusan rutin bilik darjah pula melibatkan tugas guru dalam 3 bidang utama iaitu (1) penyediaan, pentafsiran dan penyediaan rekod, (2) penyediaan pelaksanaan rutin bilik darjah dan (3) pelaksanaan tugas-tugas lain.
            Kemahiran mengurus bilik darjah adalah penting untuk dikuasai oleh guru bagi mewujudkan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Antara kemahiran mengurus bilik darjah adalah kemahiran merancang, mengelola, mengawal dan menjalin hubungan dengan murid. Semasa merancang, guru merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran seterusnya memilih topik, pendekatan, strategi, kaedah yang sesuai dan juga aktiviti, pengalaman pembelajaran, penetapan tempoh, membentuk penilaian, sumber pengajaran dan pembelajaran, pemulihan dan pengayaan. Kemahiran mengelola adalah arahan dan peraturan yang jelas perlu diberikan serta mengatur aktiviti dan membahagi kumpulan untuk memahami tujuan pembelajaran dan peranan mereka untuk kelancaran proses pembelajaran. Di samping itu, kemahiran mengawal memerlukan guru memantau dan memberi bimbingan supaya murid tidak menimbulkan masalah seterusnya dengan memberi aktiviti pemulihan dan pengayaan. Seterusnya, kemahiran menjalin hubungan dengan murid. Guru sebagai penggerak dan pemimpin bilik darjah perlu menetapkan peraturan bagi mengelak tingkah laku negatif dan guru menggalakkan kerjasama antara murid. Guru juga perlu mengambil berat kebajikan murid supaya murid merasa selamat, yakin dan disayangi.
            Strategi dan kaedah memberikan peluang kepada guru mempelbagaikan penyampaian bersesuaian dengan keperluan, tahap pencapaian di samping mengambil kira perbezaan dalam kalangan murid. Guru yang efektif juga akan mengambil kira gaya pembelajaran yang berbeza dalam kalangan muridnya. Terdapat beberapa strategi yang digunakan oleh guru dalam mengurus bilik darjah. Antaranya adalah Autoritarian, permisif (kebebasan), modifikasi tingkah laku murid dan demokratik. Pendekatan authoritarian adalah guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur. Tingkah laku murid dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan. Guru jenis ini wujudkan suasana pembelajaran yang tertekan dan suasana kelas yang tidak kondusif. Selain itu, pendekatan secara permisif iaitu guru memberi kebebasan sepenuhnya kepada murid dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru mengalakkan murid bertanggungjawab atas pembelajaran mereka. Seterusnya, pendekatan modifikasi tingkah laku murid adalah guru memberikan kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Akhir sekali, pendekatan demokratik adalah guru berkongsi tanggungjawab dengan muridnya. Perkongsian tanggungjawab akan membantu murid untuk bina penghargaan kendiri.
            Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah meliputi satu bidang yang luas. Pengurusan ini merangkumi kebolehan guru merancang, mengelola, mengawal dan membuat refleksi agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya memajukan murid-murid. Pada masa yang sama, guru juga perlu mengambil kira keperluan murid-muridnya iaitu keperluan fisiologii, psikologi dan akademik. Pengetahuan tentang keperluan murid akan membantu perancangan pengajaran. Di samping itu, perhubungan antara guru dengan murid memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang sihat di dalam bilik darjah. Pada masa yang sama, guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai tertentu untuk menjadikan seorang guru yang efektif dalam pengurusan bilik darjah.




RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Suhaimi Taat. (2012). Pengurusan Bilik Darjah Berkesan. Diperoleh daripada http://eprints.ums.edu.my/4441/1/nc0000001734.pdf
Aflah. (2017). Konsep Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada https://www.scribd.com/document/358759081/Nota-Edup304 









Monday, 17 December 2018

BAB 6 PENGURUSAN SUMBER


    Pendahuluan


Pengurusan bermaksud pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.( Nurzaratulshima & Lilia,(2014)). Sumber adalah bahan-bahan atau material yang dapat dirujuk bagi membantu pelajar dan guru dalam pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa pengurusan sumber pembelajaran ialah menggunakan pelbagai sumber iaitu jurnal, suratkhabar, multi-media, laman web, komuniti dan masyarakat.Pelajar digalakkan untuk mendapatkan maklumat secara aktif dari pelbagai sumber.

Isi penting 
Terdapat beberapa isi penting yang telah saya pelajari dalam topik ini ialah  dapat mengetahui peranan dan fungsi sumber pembelajaran terhadap pelajar di sekolah. Antara peranan sumber pembelajaran ialah sumber sebagai penjelasan makna dan konsep. Selain itu, sumber juga berfungsi sebagai pengerak penggunaan pelbagai deria. Memberikan inspirasi dan kreatif juga ialah salah satu fungsi sumber pembelajaran. Ia juga menjadikan aktiviti pembelajaran relevan dan berguna.

Seterusnya, apa yang saya dapat dari tajuk ini ialah kemahiran akses sumber pembelajaran yang digunakan disekolah. Sebelum mengulas lebih lanjut, kemahiran itu didefenisikan sebagai keupayaan atau kecekapan untuk melakukan sesuatu perkara. Kemahiran ini sangat penting kerana dalam zaman teknologi moden ini, dunia kita terdedah kepada ledakan maklumat. Kemahiran ini dapat membantu seseorang itu mencari tau memperolehi maklumat dari pelbahai sumber seperti alat elektronik, perpustakaan dan sebagainya. Antara ciri-ciri yang perlu ada pada sesuatu sumber itu ialah tepat, cepat, lengkap, ringkas dan berkaitan.

Selain itu, apa yang saya dapat pelajari ialah mengetahui Pembentukan Pusat Sumber yang berkesan. Pelaksanaan PSS abad ke-21 lebih tertumpu kepada kualiti penggunaan dan peningkatan PSS secara optimum serta memberi tumpuan kepada pemerolehan ilmu dan literasi maklumat. PSS dirancang dan disusun mengikut keperluan semasa. Terdapat 3 unsur atau elemen yang dapat meningkatkan penggunaan yang optimum. Antaranya ialah ruang, kandungan dan teknologi. PSS perlu mempunyai infrastruktur seperti pengudaraan dan pencahayaan yang mencukupi serta menyediakan suasana pembelajaran yang selesa (fun learning area) berteraskan resource-based learning. Teknologi pula dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran peribadi dan menggalakkan murid bermain, meneroka dan menyelidik secara lebih mendalam. Manakala untuk kandungan PSS abad ke-21 mestilah mengutamakan pembelajaran berpusatkan murid. Oleh itu koleksi bahan mestilh bersesuaian disedikan mengikut keperluan kurikulum dan kokurikulum.

Akhir sekali, dalam sesebuah pusat sumber, sumber pembelajaran boleh dibahagikan kepada beberapa kategori, antaranya perkakasan (hardware) dan bahan (software). Bagi sumber bahan, terdapat 2 kategori iaitu bahan bercetak dan bahan tidak bercetak. Antara contoh bahan bercetak adalah buku rujukan, buku fiksyen, majalah dan surat khabar, manakala bahan tidak bercetak adalah perisian, permainan dan perkakasan.

Rumusan
Secara kesimpulannya, pengurusan sumber pembelajaran merupakan aspek peting dalam proses pembelajaran Abad ke-21 kerana tanpa pengurusan sumber yang baik, proses PdPc tidak dapat berjalan dengan lancar. Murid juga hanya akan dapat mempelajari sesuatu dengan lebih baik sekiranya pengurusan sumber di sekolah dilaksanakan dengan sistematik dan baik. Pusat Sumber sekolh memainkan peranan yng amat besar dalam memastikan konsep pembelajaran berasaskan sumber berlaku di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat.



Peta MInda Bab 6 Pengurusan Sumber


RUJUKAN 


1.      Nurul Hazwani (2014). Apa itu pengurusan sumber. (Slaid Pembentangan). Diperoleh daripada : https://prezi.com/3ood1pnnxkxp/apa-itu-pengurusan-sumber/


BAB 7 STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Menurut Stephanie K. Marrus (dalam Umar, 2005:31), pengertian strategi adalah suatu proses penentuan rencana para pemimpin puncak yang berfokus pada tujuan  jangka  panjang  organisasi,  disertai penyusunan  suatu  cara  atau  upaya  bagaimana agar tujuan tersebut dapat dicapai.  Selain itu,  menurut  Hamel  dan  Prahalad  (dalam  Umar,  2005:31)  strategi  merupakan  tindakan  yang  bersifat  incremental (senantiasa  meningkat)  dan  terus-menerus, serta dilakukan berdasarkan sudut pandang tentang apa yang diharapkan oleh para pelanggan di masa depan, dengan demikian strategi hampir dimulai dari apa  yang  terjadi  dan  bukan  dimulai  dari  apa  yang  akan  terjadi.  Terjadinya  kecepatan  inovasi  pasar  yang  baru  dan  perubahan  pola  konsumen  memerlukan kompetensi inti (core competencies).

Bilik Pembelajaran merupakan lokasi atau tempat yang paling penting untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Disini dapat dilihat para pelajar akan belajar bagi menimba ilmu sesuatu bidang ilmu yang akan disampaikan oleh guru-guru. Secara jelasnya, bilik pembelajaran merupakan tempat seseorang murid belajar dan mendapat ilmu pengetahuan daripada seseorang guru.

ISI PENTING

1- Unsur Fizikal Bilik Pembelajaran
Salah satu faktor yang dikenalpasti untuk suasana pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah adalah mesti dilihat pada ciri fizikal bilik pembelajaran itu. Keselesaan dan keseronokan pelajar untuk belajar memberikan kesan yang jelas terhadap pencapaian akademiknya serta tingkah laku seseorang pelajar itu terhadap sesi pembelajaran yang mereka lalui di sekolah (Research Matters 2002; Goodlard, 1964 and Oyira, 2006). Persekitaran fizikal sekolah termasuk bangunan, perabot bilik darjah, peralatan, bahan pengajaran, makmal, perpustakaan, tempat bermain (Obong et al, 2010).

2- Interaksi Dalam Bilik Darjah
Interaksi dalam bilik darjah ini dapat dibahagikan kepada empat (4) jenis iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dengan murid dan akhir sekali interaksi pelbagai hala iaitu di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

3- Mengurus Iklim Pembelajaran
Iklim Pembelajaran yang positif membawa maksud suasana yang seslesa dan sesuai untuk menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik pembelajaran. Iklim pembelajaran terbahagi kepada kepada tiga (3) iaitu suasana fizikal, suasana emosi dan juga suasan sosial. Suasana fizikal dapat dilihat seperti penggunaan alat bantu mengajar, keceriaan yang terdapat di dalam kelas, serta susunan kelengkapan dalam bilik darjah yang kemas. Berikutnya, suasana sosial pula dapat dilihat melalui hubungan di antara guru dengan para pelajar dan hubungan pelajar dengan pelajar, interaksi dua hala dan pelbagai hala serta pembelajaran abad ke-21. Akhir sekali, suasana emosi yang melibatkan pelbagai aspek yang perlu ada pada seseorang guru seperti kelantangan suara, menggunakan unsur jenaka untuk membuat kelas ceria, mengguanakan kata-kata pujian kepada pelajar, menvariasikan kaedah pengajaran, bersifat mesra dengan pelajar, bijak mengawal kelas serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan.

RUMUSAN
Kesimpulannya, keberkesanan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada strategi
pengurusan bilik pembelajaran itu. Seterusnya, unsur fizikal, interaksi dalam bilik pembelajaran dan 
juga iklim pengurusan bilik pembelajaran yang positif harus ditekankan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik pembelajaran. Akhir sekali, pihak sekolah, guru-guru dan para pelajar
perlu memainkan peranan masing-masing agar strategi pengurusan bilik pembelajaran ini tercapai
serta berjalan dengan sempurna. 

PETA MINDA


RUJUKAN           
1)      Asiyai, Romina. Students Perception of The of Their Classroom Physical Learning Environment and Its 
       Impact on Their Learning and Motivation. College Student Journal. Nigeria. 2014   
2)      Lauren Madden, Gail Jones, Gina Childers, Teacher Education: Modes of Communication within 
       Asynchronous and Synchronous Communication Platform, Journal of Classroom Interaction. United States.
       2017 
3)   Evelina BALAS. Determining The Factors Contributing to The Use of a Communication Method in 
The Classroom. Journal Plus Education/Educatia Plus. Romania. 2014